Laporan Aktiviti Minggu Bahasa Melayu 2019
Pada 11hb Jun 2019 yang lalu, Jabatan Bahasa Melayu telah mengadakan aktiviti Minggu Bahasa Melayu di sekolah sehingga 13hb Jun 2019.
Objektif aktiviti ini diadakan adalah untuk mencungkil bakat dan juga menggalakkan murid-murid berminat dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.
Pelbagai aktiviti dijalankan dalam Minggu Bahasa Melayu seperti pertandingan membaca, nyanyian kanak-kanak, bercerita, kuiz bahasa dan membuat kad peribahasa.